

4.1.2010 - Sudah masuk minggu ke 39 usia kehamilan ummi.Kandungan sudah matang menurut doktor.Ummi dah tak sabar-sabar nak tgk wajah anak ummi.Bila-bila masa saja anak ummi akan lahir melihat alam ciptaan Allah ini.Ummi tak sabar lagi...tapi belum ada tanda-tanda yang anak ummi mahu keluar..Walid sekarang berulang-alik dari Lenggong ke Taiping..kesian walid.Ummi pesan pada walid kalau ummi tak bersalin juga minggu tak usahlah walid berulang lagi..
9.1.2010
- Ummi bangun untuk solat Subuh pagi Sabtu. Ada air mengalir membasahi kain ummi,makin lama makin banyak.Ummi tak beritahu opah lagi.Selesai solat Subuh darah pula menitik.Akhirnya opah dan walid bawa ummi ke hospital untuk check up..Ummi takut sangat tapi rasa excited skit..Doktor kata baru buka 2 cm.Kena tunggu ,lagipun ummi tak rasa sakit cuma tak selesa kerana banyak air yang keluar.Pukul 10.00 pagi ummi dimasukkan ke dalam wad. Ummi tak rasa ape-ape sehinggalah pukul 8.00 malam rasa sakit sedikit demi sedikit..baru buka 3 cm kata nurse. Pukul 10.00 malam nurse induce ummi supaya cepat bersalin.Pukul 12.00 malam ummi dimasukkan ke labour room kerana bukaan 4 cm.Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya ummi masa itu.Ummi tabahkan hati kuatkan semangat.Sudah 4 jam ummi menahan kesakitan. Kontraksi makin lama makin kuat,tapi bukaan baru 5cm.Ummi melihat mesin denyutan jantung anak ummi..bertahan sayang..setiap 2 jam nurse datang melihat keadaan ummi..ummi demam kuat menahan kesakitan..Kalau ada walid menemani ummi,tentu kurang sikit kesakitan ini..ummi betul-betul perlukan seseorang untuk ummi genggam tangannya..ummi tak putus-putus berzikir..Ampunkan dosaku Ya Rabb..
10.1.10 - Beberapa orang doktor datang pada ummi pukul 8.00pg, ummi sempat mendengar perbualan mereka yg bukaan jalan hanya 7 cm dan mereka tidak boleh menunggu lebih lam,poor progress..Seorang nurse datang kepada ummi memberitahu bahawa ummi harus dibedah dan perlukan tandatangan ummi tanda persetujuan..ummi sudah tak mampu berfikir lagi,lakukan ape pun asal anak ummi selamat.Lalu ummi ditolak masuk ke bilik bedah.Ummi sempat jumpa walid sebelum ummi masuk..ummi takut sangat..Ya Allah selamatkan diriku dan anakku..amin
Adus...Kakitangan dalam ni hepi n cheerful jer...tak tahu ker ummi menahan sakit ni..tapi bila tengok muka-muka ceria sedikit sebayak ummi rasa lega sangat..peramah jg..ummi kene bius half ,tak nampak aper yg doktor buat.Ummi sempat dengar perbualan doktor dengan doktor pelatih with her assistant..siap marah-marah lagi assisstant,yer la ini melibatkan nyawa manusia.
Ummi tak tahu ape yg mereka lakukan,lepas ummi kene injection tulang belakang,ummi dah tak bergerak lagi,kebas rasanya.Tapi yang ummi makin risau,kenapa ummi tak dengar langsung tangisan anak ummi..maner anak ummi,selamatkah dia?Kenapa doktor tak tunjukkan pada Ummi tadi?Ya Allah selamatkanlah anakku.Badan ummi menggigil-gigil..
Ummi ditolak ke wad. Menurut nurse,mereka akan bawa anak ummi nanti..tak sabar rasanya.Tapi kenapa tak datang-datang lagi?hati ummi mula berteka-teki.Apa yg terjadi pada anakku?
11.1.10 - Walid datang tengok Ummi.Jelas keletihan di wajahnya..kesian Walid,mesti tak dapat tidur lena semalaman.Ummi tanya mana anak kita,walid kata semuanya selamat.Ummi tak abis-abis tanya,Ummi tahu ada yg tak kena.Akhirnya walid bersuara.Anak ummi di tahan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.Pilu hati ummi,ummi tak dapat nak mengucup dan susukan anak ummi selepas dilahirkan,kesian sayang.Ummi tahu anak ummi sakit dari apa yang walid tunjukan gambar kepada Ummi.Ada wayar-wayar di badan anak ummi,kenapa jad begini?Tak habis-habis ummi salahkan diri sendiri.Lega rasanya bila tgk mama,papa,mak dan abah datang.
12.1.10 - Hari ke-3 baru ummi berkesempatan bertemu anak ummi,tak sabar rasanya.Walid namakan anak ummi Muhammad Aisyi Hadif.Menurut Walid kali pertama Walid melihat dan memanggil nama itu,anak ummi menoleh dan memberi respon yang baik.Dia berhenti menangis.Ummi menitiskan air mata ketika bertemu anak ummi buat pertama kalinya.Sayunya..pilunya..anak ummi bersendirian berjuang tanpa ummi.anak ummi tabah dan kuat..itu ummi tahu..
Sayang,kita lalui bermacam-macam dugaan dan kepayahan ketika kita bersama.Ummi tahu Aisyi dapat merasakan setiap denyut jantung ummi kerana Aisyi dekat dengan Ummi.Ummi bawa Aisyi ke mana-mana,ke kuliah,dewan peperiksaan,pasaraya,hospital..kemana saja sayang..ummi tak pernah rasa sunyi.
16.1.10 - Ujian yang dijalankan menunjukkan tiada jangkitan kuman pada paru-paru anak ummi. Ummi dan Aisyi dibenarkan keluar setelah pemeriksaan lengkap dilakukan.Alhamdulillah..Menurut Doktor Aisyi selamat dan sihat.Ummi tak sabar-sabar nak bawa balik anak ummi.Semasa Ummi jaga Aisyi,tak dibenarkan sesiapa pun datang melawat kecuali Walid.Ummi memang tak berapa tahu dalam hal menguruskan bayi,mula-mula pegang Aisyi Ummi kekok sangat,hehe..........Seminggu yang mencabar dan Ummi menitiskan airmata....

No comments:
Post a Comment